Ciri Magic Eraser mula diperkenalkan dalam siri Pixel 6 yang mampu memadam objek atau subjek tak diingini anda dalam sesebuah foto yang ditangkap.
Kini sebuah video promosi telah muncul di X yang memaparkan sebuah ciri Magic Eraser yang dipertingkatkan tetapi untuk audio dan ia dipanggil Audio Magic Eraser.
Seems like the new Pixel 8 series will introduce Audio Magic Eraser feature to reduce video background noise.#Pixel8 #Pixel8Pro #GooglePixel pic.twitter.com/Tb23MoDuUI
— EZ (@EZ8622647227573) August 11, 2023
Berdasarkan video di atas, ciri ini mampu memadamkan bunyi hingar persekitaran dalam video pengguna dan ciri ini boleh diakses melalui aplikasi Google Photos.
Aplikasi itu menyediakan slider yang membolehkan pengguna memilih paras bunyi hingar persekitaran yang hendak ditapiskan. Dan ciri ini boleh mengenalpasti sekurang-kurangnya 3 jenis bunyi – Hingar, Orang, dan Muzik.
{suggest}
Apabila ciri ini diperkenalkan nanti, ia mungkin akan ditawarkan kepada semua pengguna bukan Pixel dan iOS melalui langganan Google One seperti ciri Magic Eraser.
Sumber: X
Gambar utama: 9to5Google