Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Perkenal Cara Mudah Tangkap Layar Video Dengan Kualiti Lebih Baik

Posted on September 1, 2023September 1, 2023

Google kini memperkenal cara mudah untuk tangkap layar video dengan kualiti lebih baik.

{suggest}

Jika sebelum ini, hasil imej yang diperoleh daripada tangkap layar video mempunyai kualiti yang agak rendah, dengan bar tetapan video yang mungkin terganggu di bahagian bawah.

Namun, ciri ‘Copy Video Frame’ membolehkan pengguna melakukan tangkap layar dengan kualiti tinggi, tanpa gangguan bar tetapan dan sebagainya. Ia berikutan imej yang dihasilkan mengikut tetapan kualiti video yang dimainkan.

Caranya, hanya perlu pause video yang dimainkan di Chrome. Kemudian, tekan kanan 2 kali di mana-mana bahagian video dan pilih “Copy Video Frame”.

Perlu diketahui, ia hanya salin (copy) frame yang ditangkap di skrin dan tidak disimpan secara automatik. Pengguna masih perlu tampal imej tersebut di mana-mana nota atau aplikasi yang menyokongnya.

Selain Chrome, ianya juga berfungsi di YouTube yang dimainkan melalui pelayar Microsoft Edge.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress