Kemas kini terbaru aplikasi Google Maps kini membenarkan pengguna menambah emoji pada Saved Places. Menurut Google, kemas kini terbaru itu bertujuan membantu pengguna mencari lokasi kegemaran dengan lebih pantas.
Sebelum ini, semua Saved Places di Google Maps berkongsi ikon yang sama; yang mana kadang-kadang akan menyebabkan pengguna pening kepala dan boleh menyumbang kepada migrain tatkala sedang melihat petanya.
Untuk menambah emoji pada Saved Places pengguna perlu ke senarai Saved Places di aplikasi Google Map dan tap pada “Choose Icon“ yang mana dari situ penggunakan akan disajikan dengan beratus-ratus emoji.
Selain itu, anda juga boleh mengemaskini senarai-senarai Saved Places yang sedia ada dengan ciri emoji ini.
NEW UPDATE: now you can customize your saved places with emojis to help you find your fav spots faster 🌮☕️🍦🍔
which emoji are you most excited to map with? 👀 pic.twitter.com/Fc3ePRGABM
— Google Maps (@googlemaps) September 6, 2023
{suggest}