Sebagai pembaharuan kaedah pencarian tempat melalui aplikasi Google Maps, kini pihak Google telah menerapkan satu ciri kecerdasan buatan (AI) yang masih lagi berada pada tahap percubaan di mana ia berkemampuan menyediakan cadangan berdasarkan situasi daripada pengguna.
Berdasarkan contoh video di bawah, ciri ini berkemampuan untuk beri cadangan tempat daripada arahan pengguna yang mencari aktiviti untuk dilakukan pada waktu hujan.
Selain itu, ia juga dapat dikecilkan kawasan pencariannya kepada aktiviti yang bersesuaian untuk kanak-kanak dan ia mencadangkan aktiviti dalaman seperti taman permainan di pusat beli-belah.
Dalam pada itu, ciri tambahan ini dikatakan telah diterima oleh beberapa individu terpilih yang berkhidmat sebagai Local Guides di sekitar Amerika Syarikat.
Tujuannya adalah sebagai kaedah pengumpulan ulasan dan maklum balas daripada komuniti Google Maps yang akan membantu dalam pembentukan ciri ini sebelum dilancarkan secara rasmi.
{suggest}
Sumber: Google Blog