Google kini telah menambah banner baru berbentuk lencana yang dinamakan sebagai Semakan Keselamatan Bebas. Tujuan banner ini adalah untuk memaparkan rujukan kepada pengguna bahawa sesuatu aplikasi Google Play Store itu telah melalui semakan keselamatan.
Semakan keselamatan ini dijalankan oleh pihak ketiga dengan menggunakan Penilaian Keselamatan Aplikasi Mudah Alih (MASA). Pihak Google menekankan aplikasi-aplikasi yang memperoleh lencana ini telah mengamalkan piawaian keselamatan dan privasi mudah alih industri yang minimum.
Menurut Google, mereka akan utamakan kaedah ini untuk aplikasi-aplikasi VPN terlebih dahulu kerana jumlah pengendalian data VPN pengguna yang sangat sensitif dan ketara.
Berdasarkan gambar di atas, Semakan Keselamatan Bebas akan menerangkan sesuatu aplikasi itu telah disahkan untuk standard keselamatan global minimum.
Bagi pengguna-pengguna yang ingin melihat senarai aplikasi yang telah diluluskan, anda boleh lihat di App Validation Directory yang akan tersedia di ‘Learn More’ setiap aplikasi yang mempunyai lencana itu.
{suggest}
Sumber: Android Authority