Sekiranya anda pengguna pelayar Google Chrome sewaktu melayari internet, anda mesti cakna dengan kewujudan mod Incognito yang berperanan untuk menyediakan ruang pelayar yang mana setiap aktiviti yang dilakukan menerusi internet akan disembunyikan dari pelbagai pihak.
Malangnya, anda silap jika beranggapan bahawa aktiviti anda tidak diperhatikan oleh pihak laman web yang membekalkan perkhidmatan kepada anda.
{suggest}
Hal ini kerana Google telah memperbaharui kenyataan mereka di paparan utama Incognito menerusi laman web Chorme Canary, pelayar Chrome beta yang menawarkan ciri-ciri baharu sebelum dilancarkan.
Secara ringkasnya, mereka menegaskan bahawa mod Incognito ini akan tetap membenarkan semua laman web menyimpan rekod perkhidmatan yang dilakukan oleh anda.
Contoh perkhidmatan yang akan direkod semasa anda menggunakan Chrome Incognito adalah yang melibatkan Google Downloads, Bookmarks dan Reading Lists.
Anda juga boleh layari Google Chrome Help untuk maklumat lanjut mengenai mod Incognito.
Sumber: 9to5Google