Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Youtube TV App Store

Google Dan Disney Setuju Terbitkan Semula Kandungan Di YouTube TV

Posted on Disember 21, 2021Disember 22, 2021

Minggu lepas, Disney telah memberi amaran pada pengguna bahawa mereka mungkin kehilangan akses kepada saluran milik Disney di YouTube TV jika kedua-dua syarikat itu tidak dapat mencapai kata putus.

Lebih daripada 12 saluran dimiliki Disney telah ‘hilang’ daripada YouTube TV minggu lepas selepas perjanjian antara mereka tamat minggu yang sama. Pengguna terutamanya penonton ESPN mengeluh di media sosial atas situasi ini.

Rundingan antara kedua-dua syarikat telah berjalan berbulan lamanya sebulan ini. Sebelum rundingan ini berjaya ditandatangani, YouTube TV telah memutuskan untuk merendahkan harga langganan sebanyak $15. Namun, kini ia telah kembali ke harga biasa iaitu $64.99 sebulan.

Sejumlah 18 saluran yang terkesan ialah The Disney Channel, Disney Junior, Disney XD, Freeform, FX, FXX, FXM, National Geographic, National Geographic Wild, ESPN, ESPN2, ESPN3, ESPNU, ESPNews, SEC Network dan ACC Network.

Untuk makluman, Youtube TV tidak tersedia di pasaran Malaysia.

Sumber: CNN

Baca juga:

  • Ini Platform Nak Tonton Movie Popular Di Malaysia
  • Semak Laluan Banjir Dan Tanah Runtuh Dengan Portal Ini
  • Facebook Dinobatkan Sebagai Syarikat Terburuk Tahun Ini Mengalahkan Alibaba

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress