Pengguna mungkin sudah sedia membaca laporan-laporan terdahulu berkenaan aplikasi yang terkandung bersama perisian hasad ditawarkan pada Google Play Store. Apa yang membimbangkan, aplikasi-aplikasi tersebut digunakan secara meluas bahkan ada yang sudah mencecah jutaan muat turun.
Kini, satu lagi perisian hasad dikenal pasti berada dalam 24 buah aplikasi yang disenaraikan didalam Google Play Store. Dikenali sebagai ‘Joker’, perisian ini dikatakan dibangunkan dengan fungsi membuat langganan perkhidmatan premium tanpa pengetahuan pengguna.
Menurut penganalisis perisian hasad dari CSIS Security Group, Aleksejs Kuprins memberi contoh, Jika di Denmark, Joker boleh membuat langganan kepada perkhidmatan bernilai 50DKK (~RM30) seminggu. Ia menggunakan kaedah mengautomasikan interaksi dengan laman web perkhidmatan premium, memasukkan kod tawaran, kemudiannya menunggu SMS kod pengesahan dan mengekstraknya . Seterusnya, kod yang diekstrak itu akan dihantar kepada laman perkhidmatan premium tersebut untuk membenarkan langganan dibuat.
Difahamkan Google telah membuang sejumlah 24 aplikasi yang terkandung dengan Joker dimana beberapa daripadanya dikatakan sudah dimuat turun lebih dari 100,000 kali dari Google Play Store. Aplikasi yang didakwa terlibat adalah seperti dibawah;
- Advocate Wallpaper
- Age Face
- Altar Message
- Antivirus Security – Security Scan
- Beach Camera
- Board picture editing
- Certain Wallpaper
- Climate SMS
- Collate Face Scanner
- Cute Camera
- Dazzle Wallpaper
- Declare Message
- Display Camera
- Great VPN
- Humour Camera
- Ignite Clean
- Leaf Face Scanner
- Mini Camera
- Print Plant scan
- Rapid Face Scanner
- Reward Clean
- Ruddy SMS
- Soby Camera
- Spark Wallpaper
Sekiranya anda ada memuat turun aplikasi ini pada peranti, dinasihatkan agar membuangnya segera.
Sumber: CSIS