Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Gmail Bakal Wujudkan Butang ‘Unsubscribe’ E-mel ‘Spam’ Bagi Pengguna Android

Posted on November 20, 2023

Kalau anda imbas kembali hari-hari anda, pemberitahuan Gmail anda mesti kebanyakannya penuh dengan e-mel spam rawak daripada syarikat-syarikat pemasaran produk yang mengiklankan kehebatan produk mereka.

Namun begitu, Gmail kini sedang mengusahakan satu ciri butang “Unsubscribe” yang akan membantu anda tamatkan penerimaan e-mel promosi daripada mereka.

Bagi sesetengah e-mel, mereka akan menyediakan kenyataan dengan pilihan untuk nyahlanggan di bahagian bawah e-mel tersebut seperti gambar di bawah.

Pembaharuan ini pertama kali dikesan oleh TheSpAndroid yang menyatakan pilihan ini akan muncul secara automatik di bahagian kanan bersebelahan dengan nama pemberi e-mel.

Walau bagaimanpun, anda perlu cakna bahawa ciri ini hanya tersedia untuk peranti Android sahaja dan kehadirannya masih lagi belum disahkan.

{suggest}

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress