Selepas pelancaran teknologi kecerdasan buatan daripada Google, Gemini disambut tinggi oleh para pengguna platform Chrome dan lain-lain pihak, Google dilapor telah meluaskan kawasan Gemini ke aplikasi Google Messages.
Penerapan ini dikuasakan oleh Gemini 1.0 Pro yang mana merupakan perkhidmatan langganan bagi menepati keperluan yang sesuai untuk telefon pintar.
Keupayaannya adalah sama seperti Gemini di laman sesawang.
Membina draf perbualan, menghasilkan gambar dengan kata kunci dan lain-lain akan tetapi memo suara tidak dibekalkan dalam penerapan ini.
Walau bagaimanapun, penerapan Gemini pada Google Messages ini masih dalam fasa beta dan sedia untuk mereka yang mempunyai peranti:
- Pixel 6 dan seterusnya.
- Pixel Fold.
- Samsung Galaxy S22 dan seterusnya.
- Samsung Galaxy Z Flip atau Z Fold.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba ciri ini, sila klik di SINI dengan menggunakan telefon pintar anda.
{suggest}
Sumber: 9TO5Google