Selepas pengumuman kemas kini Gboard pada bulan Ogos yang lepas, Google kini sedang mengusahakan ciri “Write in text fields” untuk kegunaan peranti tablet Pixel dan Samsung yang dikuasakan oleh Android 14.
Gboard is finally starting to roll out stylus handwriting support — here's a first look on the Pixel Tablet!
This feature lets you write in text fields and use gestures to select, insert, delete, join words, or add a new line. You also get a floating toolbar for quick access to… pic.twitter.com/DkxMk5Hay7
— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) December 16, 2023
Berdasarkan video yang disiarkan di media sosial X oleh pengguna beta, Mishaal Rahman, Gboard beta versi 13.7 didapati boleh menukar tulisan tangan pengguna kepada teks yang boleh disunting dan dipadamkan.
Cara penyuntingan teks melalui gerakan stylus.
- Padam = Conteng huruf, perkataan atau ayat.
- Pilih = Lukis bulatan yang mengelilingi huruf, perkataan atau ayat.
- Sisip = Gunakan simbol karet atau anak panah yang menunjuk kedudukan yang ingin ditambah.
- Sambungan = Lukis garisan menegak di antara huruf atau perkataan untuk menjarakkan dan merapatkan.
- Baris baru = Lukis garisan ke bawah dan ke kiri.
Selain itu, anda juga akan dibekalkan dengan paparan tetapan untuk mengubah gerakan stylus untuk penyuntingan teks, tetapan gerakan stylus serta ketebalan strok tulisan tangan.
{suggest}
Sumber: 9to5Google