Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan capaian sistem dalam taliannya akan mengalami gangguan sementara bermula 10 hingga 11 Mei 2024.
{suggest}
Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti berikut:
Perkhidmatan ini dijangka kembali pulih pada Ahad, 12 Mei 2024. Lanjutan itu, pihak KWSP menyarankan pengguna untuk merancang lebih awal keperluan kewangan dengan sewajarnya menjelang tempoh naik taraf tersebut.
Di sisi yang lain, KWSP sebelum ini mengumumkan penstrukturan semula akaun, termasuk pengenalan Akaun 3 atau dinamakan “Akaun Fleksibel”. Pelaksanaannya akan bermula pada 11 Mei 2024, dengan permohonan pindahan amaun permulaan dari Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel boleh dibuat mulai 12 Mei hingga 31 Ogos 2024.
Pengeluaran Akaun Fleksibel juga boleh dibuat pada bila-bila masa – sejurus amaun permulaan berjaya dipindahkan atau mempunyai had amaun pengeluaran minimum sebanyak RM50.
Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja