Semalam saya telah kongsikan spesifikasi penuh siri Galaxy S23 yang didakwa, dan setiap model siri itu bakal dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2.
Menariknya, ada sumber yang mengatakan versi Ultra akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang telah diubah suai.
Snapdragon 8 Gen 2 yang standard mempunyai kelajuan 3.2GHz, tetapi cip yang digunakan S23 Ultra nanti telah dipertingkatkan kelajuannya hingga 3.36GHz.
Mengikut sumber, cip 8 Gen 2 yang diubah suai itu dihasilkan sendiri oleh Samsung berbanding TSMC. Di samping itu, Snapdragon 8 Gen 2 terdiri daripada 1 teras Prime 3.36GHz, 4 teras Performance 2.8GHz dan 3 teras Efficiency 2GHz.
{suggest}
Terdapat sumber yang mendakwa cip istimewa ini akan dipanggil “Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy”.
Sumber: 9to5google
Gambar utama: GSMArena