Google G Suite merupakan rangkaian aplikasi web ditujukan khas untuk pengguna bisnes. Aplikasi-aplikasi web yang terdapat dalam G Suite termasuklah Gmail, Hangouts, Calendaar, Drive, Docs, dan lain-lain.
Terkini, G Suite telah dijenamakan semula kepada Google Workspace sekaligus hadir dengan rekaan ikon baharu untuk kesemua perkhidmatan mereka.
https://youtu.be/bE31y5HbukA
Ikon baharu itu kini lebih konsisten dengan warna yang sama dan juga direka rata tanpa persepsi kedalaman atau bayang.
Bersama Google Workspace, Google memperkenalkan 3 penekanan baharu iaitu:
- pengalaman penggunaan yang lebih integrasi antara satu servis ke servis yang lain
- identiti jenama yang baharu
- semangat baharu untuk menggunakan servis Google
Walau bagaimanapun, dengan rekaan baharu ikon tersebut, sudah tentu sesetengah pengguna tidak merasakan ia tidak cantik atau unik yang membezakan antara satu servis dengan servis yang lain.
Sumber: Google