Free Fire Max kini secara rasminya tersedia buat pengguna di Malaysia. Melaluinya, beberapa penambahbaikan dilakukan termasuk pengalaman bermain lebih imersif.
Salah satu yang menarik dalam Free Fire Max adalah ciri Craftland. Pemain boleh menyunting atau mencipta peta sendiri dan boleh bermain bersama rakan-rakan lain tidak kira versi Free Fire Max atau Free Fire biasa.

Peta yang dicipta ini juga boleh dikongsikan untuk dijadikan peta permainanĀ custom room dengan komuniti. Malah, peta yang terbaik bakal ditampilkan dalam modeĀ rank.

Selain itu, Free Fire Max juga menambah baik kesan khas di dalam peta, Bermuda Max lebih terperinci, animasi baharu serta grafik dan audio lebih cemerlang.
Permainan ini sudah boleh dimuat turun di iOS dan Android. Untuk log masuk, akaun Free Fire boleh digunakan dan segala item turut dibawa sekali.
Sumber: Siaran Akhbar Free Fire
Baca juga: