Selain model telefon pintar terbaru OnePlus Nord CE 3 Lite 5G yang diumumkan hari ini, OnePlus juga turut mengumumkan fon telinga terbaru OnePlus Nord Buds 2.
OnePlus menambah baik fungsi tetapan OnePlus Nord Buds 2 di mana kini pengguna boleh menyesuaikan tetapan menggunakan sentuhan pantas dengan menekan lama untuk bagi menetapkan tetapan.
OnePlus juga menyatakan, jangka hayat bateri OnePlus Nord Buds 2 mampu bertahan sehingga 7 jam apabila ia dicaj penuh tanpa kerangkanya dan 36 jam dengan kerangka pengecasan.
Malah ia juga hanya mengambil masa 10 minit sahaja masa pengecasan untuk ia bertahan sehingga 5 jam penggunaan (ciri Pembatalan Bunyi Aktif dimatikan).
OnePlus Nord Buds 2 ditawarkan dalam 2 pilihan warna menarik, Lightning White dan Thunder Gray pada harga RM329.
Sempena pelancarannya juga, OnePlus menawarkan promosi diskaun bernilai RM30 bagi setiap pembelian OnePlus Nord Buds 2 yang akan bermula dari 18 April sehingga 25 April 2023 nanti.
{suggest}
Sumber: Media OnePlus