Baru-baru ini, vivo Malaysia telah bekerjasama dengan Malaysian Tourism Board atau lebih dikenali dengan nama Tourism Malaysia dalam penghasilan filem pendek bagi mempamerkan keindahan negeri Melaka dengan menggunakan peranti siri vivo X100.
Sesudah habis menonton video di atas, siri vivo X100 ini terbukti mampu menghasilkan filem dengan kualiti rakaman kamera telefon pintar yang sangat memuaskan.
Bagi anda yang pertama kali dengan produk telefon ini, siri vivo X100 menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9300 yang menjalankan Funtouch OS 14.
Ia juga dilengkapi dengan konfigurasi 16+16GB RAM dan 512GB storan.
Paparannya pula adalah LTPO AMOLED bersaiz 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi 2800 x 1260 serta puncak kecerahan 3,000 nits.
Bagi kamera pula, ia menggunakan teknologi kamera ZEISS yang terdiri daripada 50MP utama, 50MP ultra lebar, 64MP telefoto dan 32MP swafoto.
Untuk maklumat lanjut tentang kebolehan sebenar siri vivo X100, anda boleh tonton video di bawah dan baca artikel INI.
Beli siri vivo X100 di:
Shopee – https://invl.io/cljqrab
Lazada – https://invol.co/cljqrah
{suggest}
Sumber: Siaran Media vivo Malaysia