Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) baru-baru ini telah memberikan amaran kepada pengguna untuk mengelakkan penggunaan port USB yang disediakan di tempat awam. Antaranya termasuk di lapangan terbang, hotel atau pusat membeli-belah.
{suggest}
FBI menerusi Twitter mengatakan port USB berkenaan boleh digunakan untuk menyebarkan perisian hasad atau perisian yang memberikan penggodam akses kepada telefon, tablet atau komputer pengguna.
Jika port USB awam itu digunakan untuk memindahkan perisian hasad ke komputer, tablet atau telefon pintar, penggodam boleh mendapat akses kepada data sensitif, seperti nama pengguna dan kata laluan, butiran e-mel, mencuri wang daripada akaun dalam talian dan sebagainya.
Avoid using free charging stations in airports, hotels or shopping centers. Bad actors have figured out ways to use public USB ports to introduce malware and monitoring software onto devices. Carry your own charger and USB cord and use an electrical outlet instead. pic.twitter.com/9T62SYen9T
— FBI Denver (@FBIDenver) April 6, 2023
Lanjutan itu, pengguna disarankan untuk membawa pengecas dan kabel USB sendiri, serta menggunakan soket elektrik untuk tujuan pengecasan, berbanding menggunakan port USB awam. Ia sekali gus dapat mengelakkan risiko berlakunya perkara sedemikian.
Sumber: CNBC