Fairphone 5 adalah peranti terbaru Fairphone yang baharu dilancarkan pada 30 Ogos lepas dan selain mempunyai sokongan kemas kini yang lama, peranti ini menawarkan satu perkara yang menarik.
Untuk pengetahuan anda, Fairphone 5 adalah sebuah peranti modular Android.
Replacing your phone 📱 is easy but expensive. Repairing 🪛 your phone can be easy and economical. Especially in the long run. Say yes to repair. Say yes to Fairphone 💙#Fairphone #Modularphone #RightToRepair pic.twitter.com/fowjdXtLBW
— Fairphone (@Fairphone) August 27, 2023
Istilah modular ini bermaksud pengguna Fairphone 5 mempunyai keupayaan untuk memperbaiki sendiri mana-mana komponen peranti tersebut yang mempunyai isu.
Tambahan lagi, Fairphone menghasilkan peranti tersebut dengan rekaan dan seni bina yang membolehkan komponen-komponennya itu mudah diakses untuk tujuan pembaikian.
Fastest fingers first! Watch 👀 our new staffers, Marta and Kuriakose, battle it out to see who can put a Fairphone 4 back together faster 🪛 . The grand prize? The warmest pair of Fairphone socks! 🧦#fairphone4 #racetorepair #DIY pic.twitter.com/nZQivy7yzP
— Fairphone (@Fairphone) August 14, 2023
Selain Fairphone 5 dan Nokia G310, tak banyak peranti lain yang menawarkan ciri tersebut kepada pengguna buat masa ini.
Saya berpendapat ia adalah satu cabaran yang sukar untuk menghasilkan sesebuah peranti yang berkuasa dan pada masa yang sama boleh diakses komponen-komponennya oleh pengguna.
Hal ini demikian kerana seni bina dan rekaan seperti itu mempunyai risiko yang boleh menjejaskan integrasi keseluruhan binaannya.
{suggest}
Selain itu, peranti dengan kebolehan seperti itu mempunyai beberapa kekurangan seperti tiada sokongan penarafan kalis air dan debu (IP rating). Sebagai contoh, peranti itu pasti sangat mudah untuk terjejas sekiranya dimasuki air.
Oleh sebab itu, banyak pembangun telefon pintar menggunakan format binaan secara build-in yang mengunci komponen-komponen daripada diakses secara terus oleh pengguna.