Seperti yang kita semua tahu, Facebook merupakan sebuah laman media sosial yang mula ditubuhkan oleh Mack Zuckerberg pada tahun 2004.
Namun, usahanya tidaklah seorang kerana beliau dibantu oleh empat orang lagi kawannya daripada kolej Harvard iaitu Eduardo Saverin, Andrew McCollum, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.
Untuk pengetahuan anda, Facebook pada asalnya merupakan servis dalam talian yang dinamakan sebagai Facemash dan ia bertujuan untuk menyimpan maklumat para pelajar di Harvard University pada tahun 2003.
Namun begitu, servis itu telah dibatalkan selepas dua hari perkhidmatan atas sebab melanggar salah satu polisi universiti itu.
Walau bagaimanapun, Facemash yang telah memikat hati ramai individu pada masa itu menggalakkan lagi Mark dan rakan-rakannya dalam meneruskan legasi mereka dengan mendaftar pautan URL http://www.thefacebook.com pada bulan Januari 2004 serta jadikan ia sebagai satu platform rangkaian sosial.
Selepas ia dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari 2004, platform itu telah menjadi tempat untuk para pelajar Harvard menyiarkan gambar-gambar dan maklumat peribadi mereka.
Kemudiannya, platform itu berkembang dan mula disertai oleh para pelajar dari universiti Yale dan Stanford.
Apabila platform itu mencapai satu juta pengguna yang aktif, Mark mencipta perubahan dari sudut namanya kepada satu perkataan, iaitu Facebook pada awal tahun 2005 dengan ciri tambahan tag nama untuk diletakkan dalam gambar siaran mereka sebagai pemberitahuan kepada pengguna lain.
Setelah beberapa tahun yang diselangi dengan beberapa pencapaian dan sambutan, Facebook mula berkembang dengan nama Meta yang beroperasi sebagai ibu syarikat bagi platform media sosial yang berkaitan.
Organisasi Meta ini dibina bagi mewakili metaverse, iaitu satu ruang realiti maya yang membenarkan pelbagai pihak berinteraksi sesama mereka di dalam satu ruang yang sama.
Ruang realiti maya itu kini dikenali dengan nama Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Sehubungan dengan itu, 4 Februari 2024 menjadi tarikh genap 20 tahun Facebook beroperasi sebagai laman rekreasi maya bagi para pengguna peranti mudah alih di luar sana.
{suggest}