Pada bulan lalu, laporan menyatakan Meta mungkin akan membenarkan pengguna Facebook mempunyai sehingga empat profil tambahan yang berbeza di bawah satu akaun yang sama.
{suggest}
Kini, Facebook telah mula melepaskan ciri yang membolehkan ciptaan sehingga empat profil tambahan itu kepada umum, secara berperingkat. Ini bermakna, setiap profil akan mempunyai senarai rakan dan feed sendiri serta boleh mengikuti Facebook Group atau Facebook Page yang berbeza.
Kelebihan mencipta profil tambahan?
Memiliki profil tambahan ini boleh mewakili perkara yang berbeza seperti minat atau komuniti yang disertai. Sebagai contoh, ia membolehkan pengguna membahagikan rakan mereka atau menyertai group yang berbeza di bawah profil yang berbeza.
Pemberitahuan dan tetapan setiap profil tidak akan dibawa ke profil Facebook yang lain.
Cara mencipta profil Facebook tambahan
Untuk mencipta profil Facebook tambahan, ikuti langkah-langkah yang akan disertakan di bawah.
1. Di hujung kanan bahagian bawah Facebook, tekan pada “Menu” atau butang tiga baris.
2. Tekan “+” di sebelah nama akaun anda.
3. Tekan pada “Learn More”, kemudian “Get Started”.
4. Seterusnya, ikut arahan pada skrin untuk mencipta profil.
Untuk mencipta profil tambahan Facebook lain, ulangi arahan di atas. Akan tetapi, perlu diketahui pengguna hanya boleh mencipta satu profil bagi setiap 72 jam, dengan maksimum 4 profil tambahan.