Syarikat Xiaomi yang terkenal dengan pembuatan dan pemasaran telefon pintar Android mereka kini kelihatan jelas menceburi bidang kereta elektrik. Kereta EV mereka dikenali dengan nama Xiaomi SU7.
Mereka meletakkan sasaran bagi produk terbaru ini hanya untuk pasaran kereta elektrik di China sahaja yang terdiri daripada dua variasi iaitu Xiaomi SU7 dan Xiaomi SU7 Max.
Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat di China telah menunjukkan serba sedikit gambaran bentuk kereta elektrik milik Xiaomi ini ketika syarikut itu hadir untuk memohon lesen jualan EV mereka.
Dengan kerjasama daripada kumpulan BAIC yang terletak di Beijing, kenderaan EV milik Xiaomi ini akan mempunyai rupa bentuk yang hampir sama di bahagian luaran tetapi berbeza di bahagian dalaman seperti teknologi bateri.
Dalam pada itu, model SU7 mampu bergerak dengan kelajuan 210km/j dengan berat 1,980kg. Manakala, model SU7 Max boleh mencapai kelajuan 265km/j dengan berat 2,205kg. Tambahan pula, EV ini akan tersedia dengan dua pilihan rangkaian kuasa iaitu RWD dengan motor 220kW dan AWD dengan motor 275kW + 220kW.
Berdasarkan gambar di atas, Xiaomi juga dijangka akan keluarkan model Xiaomi SU7 Pro dan buat masa sekarang tiada lagi info yang jelas tentang kehadirannya. Situasi yang sama juga untuk sistem pengendalian kereta EV ini di mana Xiaomi akan gunakan HyperOS atau cipta sistem terbaru yang khas untuk produk EV sahaja.
{suggest}
Sumber: Android Authority