Pada 25 Disember 2023 yang lepas, CEO kepada syarikat elektronik Xiaomi, Lei Jun telah membuat pengumuman rasmi tentang pelancaran kereta EV pertama mereka iaitu Xiaomi SU7 yang akan berlangsung secara dalam talian.
Join me on Dec 28th for Xiaomi EV technology launch. https://t.co/Ei1p7T15Nj
— Lei Jun (@leijun) December 25, 2023
Untuk pengetahuan anda, Xiaomi SU7 ini hanya akan tersedia untuk pasaran China sahaja buat masa sekarang dengan variasi tambahan iaitu Xiaomi SU7 Max.
Tambahan lagi, dengan rekaan yang dilihat moden, ia juga dikhabarkan bakal menawarkan prestasi setanding kereta Porsche Taycan Turbo.
Xiaomi terkenal dengan penawaran produk dengan harga mampu milik. Namun, adakah kereta elektrik pertama mereka juga sama?
Walau apa pun, pelancaran Xiaomi SU7 ini akan berlangsung pada hari ini, 28 Disember 2023 pada pukul 2.00 petang waktu tempatan.
Untuk anda yang berminat dengan pelancaran ini, anda boleh tonton strim secara langsung di platform media rasmi Xiaomi iaitu Facebook, YouTube dan X.
{suggest}