Pengeluar EV terbesar dunia, BYD telah menayangkan EV konsep terbaru mereka yang dilengkapi dron.
BYD bekerjasama dengan syarikat teknologi DJI, bagi membangunkan UAS (Sistem Pesawat Tanpa Pemandu) yang dipasang pada kenderaan.
Disepadukan pada ruang dron, ia menampilkan storan pintar, pertukaran bateri dan sistem pengurusan pengecasan terbina.
Menerusi SUV elektrik mewah mereka, YangWang U8, EV itu dilengkapi dengan dron dari DJI model Mavic 3 Pro yang diubah suai yang boleh diterbangkan keluar dan mendarat dari dalam bumbung dengan ciri gelongsor kenderaan tersebut.
BYD U8 with drone and docker pic.twitter.com/W7yyjaFE8M
— 航拍世家 打手 (@DealsDrone) January 16, 2024
Konsep EV dilengkapi dron seperti ini bukanlah asing kerana sebelum ini, iaitu pada tahun 2022 dahulu, pengeluar EV, Polestar pernah menayangkan konsep EV dilengkapi dron pada EV Polestar O2 mereka.
Konsep EV seperti ini mungkin sekadar gimik sahaja ketika ini. Tapi pada masa hadapan, siapa tahu ia akan jadi keperluan penting.
{suggest}