CEO Tesla dan SpaceX yang sebelum ini mengarahkan kakitangan syarikat Boring miliknya untuk membantu operasi mencari dan menyelamat sepasukan bola sepak Thailand, Wild Boars dan jurulatih mereka.
Sebelum itu, 12 orang dan seorang jurulatih pasukan bola sepak dipanggil Wild Boars telah terperangkap di dalam kompleks Gua Tham Luang di Chiang Rai, utara Thailand.
Elon Musk telah mengarahkan jurutera syarikatnya untuk memberikan solusi berupa ‘kapal selam’ mini yang membolehkan seorang kanak-kanak diletakkan di dalamnya dan dibawa keluar dengan selamat dari gua tersebut.
Berdasarkan kiriman di Instagram dan Twitter, Musk dikatakan sudah berada di kompleks gua tersebut dan telah memasukinya bagi melihat sendiri proses-proses keseluruhan berjalan.
https://www.instagram.com/p/BlBr_mAA9n3/?utm_source=ig_embed
Musk juga telah menunjukkan bagaimana kapsul ciptaan Boring Company berfungsi di bawah air dan melalui ruang-ruang kecil yang selalunya ada di dalam kawasan gua.
— Elon Musk (@elonmusk) July 8, 2018
Simulating maneuvering through a narrow passage pic.twitter.com/2z01Ut3vxJ
— Elon Musk (@elonmusk) July 9, 2018
Setakat ini 8 mangsa telah berjaya dikeluarkan dan seorang anggota sukarela telah terkorban semasa aktiviti menyelamat yang melibatkan beberapa buah negara seperti Laos dan Britain.