Ketika ini, kita boleh melihat kod QR ada di mana-mana. Antaranya termasuk melalui e-mel yang diterima dan sebagainya.
Terbaharu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik penipuan terkini yang dilakukan oleh scammer.
{suggest}
Menurut BNM, scammer kini menggunakan kod QR dalam e-mel yang mencurigakan bagi memperdaya pengguna memberikan maklumat. Taktik ini juga dikenali sebagai quishing (kod QR+phishing).
Di sebalik kod QR yang dihantar, scammer mungkin menyembunyikan pautan berbahaya untuk mencuri maklumat peribadi pengguna.
🚨 Berhati-hati dengan taktik scam terkini: Quishing (kod QR + phishing)! 😱 Scammer kini menggunakan kod QR dalam e-mel yang mencurigakan bagi memperdaya anda untuk memberikan maklumat peribadi. #AmaranScam #JanganKenaScam #ScamAlert #SoalSekatSebar #AndaLebihBijak pic.twitter.com/POWJZtIuyC
— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) December 8, 2023
Dalam pada itu, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat turut mengingatkan pengguna mengenai taktik scam yang sama. Antara cara penipuan melalui kod QR yang digunakan termasuk:
- mengatakan terdapat masalah pada akaun tertentu dan perlu mengesahkan maklumat.
- mengatakan ada aktiviti mencurigakan pada akaun dan meminta pengguna menukar kata laluan.
Oleh itu, pengguna diminta untuk berwaspada serta memastikan kesahihan e-mel dan kod QR yang diterima – seperti menyemak URL, sebelum mengambil langkah sewajarnya.
Sumber: BNM
Gambar utama: HKCert