vivo Malaysia kini menawarkan 2 initiatif perlindungan baru untuk siri vivo V30, eksklusif untuk pelanggan CelcomDigi sahaja.
vivo Malaysia menyatakan, siri vivo V30 yang dilengkapi dengan pilihan cip daripada MediaTek dan Snapdragon serta mempunyai ciri Aura Light ini kini mendapat penambahan polisi perlindungan iaitu:
1. Polisi perlindungan skrin peranti:
- Pelanggan yang membeli siri vivo V30 akan menikmati perkhidmatan perlindungan 180 hari skrin rosak
- Tempoh polisi ini bemula dari 15 Mac hingga 15 Mei 2024
2. Waranti lanjutan:
- Pelanggan yang membeli siri vivo V30 ditawarkan jaminan lanjutan selama 6 bulan
- Tempoh polisi ini bemula dari 15 Mac 2024 sehinggalah Siri vivo V30 dihentikan.
Usaha ini diperkenalkan untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dalam menggunakan produk daripada vivo.
Telefon pintar siri vivo V30 telah pun dilancarakan di Malaysia menerusi 2 varian iaitu V30 dan V20 Pro. vivo Malaysia juga sudah mengesahkan satu lagi penambahan model dalam siri ini, vivo V30e 5G yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Beli produk siri vivo V30 di:
Shopee – https://invl.io/clkurvs
Lazada – https://invol.co/clkurvw
{suggest}
Sumber: Siaran Media vivo Malaysia