Minggu ini, pembangun permainan video, EA telah mengesahkan game The Sims 5 (nama kod Project Rene) akan tersedia untuk dimuat turun secara percuma apabila ia dilancarkan nanti.
EA menambah lagi bahawa The Sims 5 ini akan tersedia untuk diakses dan dimainkan tanpa sebarang langganan padanya. Untuk pengetahuan anda, setahun yang lepas, EA juga melakukan perkara yang sama dengan memberikan akses The Sims 4 secara percuma untuk dimuat turun.
Walau bagaimanapun, EA juga ada menyatakan bahawa akan terdapat kandungan DLC pada masa depan yang hanya boleh diakses melalui pembelian.
{suggest}
Ketika ini, EA tidak mendedahkan lagi tarikh rasmi pelancaran The Sims 5, mungkin disebabkan ia masih di fasa pembangunan seperti yang dinyatakan oleh EA.
Sumber: EA
Gambar utama: EA