Selepas pelancaran peranti telefon pintar terbaru daripada Samsung iaitu Galaxy A55 5G dan Galaxy A53 5G pada minggu lepas, kedua-dua telefon ini telah mendapat pengiktirafan daripada DXOMARK yang menilainya dari sudut skrin dan kamera.
Galaxy A55 yang diuji dari sudut skrin ini menampilkan keputusan bacaan kadar kecerahan puncak 1,638 nits di bawah cahaya matahari dengan kualiti gambar serta warna yang kelihatan lebih semula jadi.
Tambahan lagi, skrinnya sesuai untuk video yang bertetapan HDR10.
Rekod ini juga telah mengalahkan model Galaxy S23 yang hanya mampu mencapai kecerahan puncak 1,600 nits sahaja.
Manakala, kamera A55 ini mencatatkan keputusan yang sederhana dari sudut penggunaan tangkapan gambar iaitu kualiti kamera bokeh yang kurang tepat apabila melibatkan banyak subjek.
Namun begitu, prestasi kameranya secara keseluruhan adalah baik apabila berada di kawasan yang mempunyai pencahayaan yang baik.
{suggest}
Bagi Galaxy A35 pula yang hanya diuji dari sudut skrin, ia menampilkan kualiti yang mengatasi prestasi skrin Galaxy A55 dari sudut warna, motion serta mampu mencapai kecerahan puncak 1,620 nits.
Buat masa sekarang, belum diketahui lagi harga dan ketersediaan dua peranti ini buat pasaran Malaysia.
- Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clkuhe2
- Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clkuhe6
Sumber: SamMobile