Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

DNB Peroleh Kontrak Berjumlah RM7.8 Bilion, 3% Darinya Secara Rundingan Terus – Menteri

Posted on Mac 28, 2023Mac 28, 2023

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di dalam Dewan Rakyat hari ini memaklumkan, Digital Nasional Berhad (DNB) telah menandatangani kontrak dengan nilai keseluruhan RM7.8 bilion .

Ia menerusi 215 kontrak yang telah di tandatangani setakat bulan Disember 2022.

Daripada jumlah kontrak itu,  138 kontrak diperoleh secara bidaan kompetitif atau tender terhad bagi 97% daripada keseluruhan nilai kontrak.

Manakala  77 kontrak yang bernilai 3% daripada keseluruhan nilai kontrak pula telah dianugerahkan secara rundingan terus.

Berkenaan kontrak secara rundingan terus yang diperoleh DNB itu beliau menjelaskan, kebanyakan perolehan secara rundingan terus bagi 3% daripada keseluruhan nilai kontrak itu telah hanya dibuat pada tahun 2021, iaitu ketika DNB masih baru ditubuhkan dengan matlamat melaksanakan rangkaian 5G dalam jangka masa yang singkat.

{suggest}

Sumber: RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress