Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital Nasional Berhad

DNB: Harga Jualan Data 5G Akan Didedahkan Kepada Umum

Posted on November 8, 2021

Terdahulu, Digital Nasional Bhd (DNB) selaku firma yang bertanggungjawab terhadap rangkaian 5G di Malaysia menyatakan kelajuan rangkaian tersebut adalah sekurang-kurangnya 100Mbps.

Kini, malaymail melaporkan bahawa DNB bakal telus dengan pengguna kerana mereka akan berkongsikan harga jualan kos data 5G yang ditawarkan terhadap syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) di Malaysia.

Mereka berkata, syarikat telco akan membayar data 5G lebih rendah berbanding rangkaian 4G. Malah, menurut analisis yang dilakukan UBS Research, kos data 5G per GB dianggarkan serendah 50 sen, sementara rangkaian sedia ada pada hari ini sekitar RM1.10 per GB.

Dengan ini, DNB menyatakan bahawa pengguna mudah untuk membandingkan caj yang dikenakan syarikat telco kepada pengguna. Selain itu, pengguna turut dapat mengetahui harga sebenar bagi data 5G.

Oleh itu, kita sebagai pengguna pasti mengharapkan data internet serta pelan 5G khususnya bakal ditawarkan pada harga mampu milik. Apa-apa pun, dijangka rangkaian 5G di Malaysia akan tersedia buat pengguna di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur menjelang penghujung tahun ini.

Sumber: malaymail

Baca juga:

  • Syarikat Yang Terpilih Untuk Membangunkan Infrastruktur 5G Malaysia Akhirnya Terjawab

  • DNB: Kelajuan 5G Di Malaysia Sekurang-Kurangnya 100Mbps

  • 2000 Unit CCTV Akan Dipasang Di Kuala Lumpur Untuk Pantau Jenayah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress