DJI telah memperkenalkan DJI Mini 2 SE, sebuah dron baharu yang ringan, kompak dan mesra pengguna. Dron ini mempunyai berat kurang daripada 249 gram, sensor kamera CMOS 1/2.3 inci yang mampu merakam video beresolusi 2.7K.
Selain itu, pengguna boleh menangkap gambar 12MP dan dilengkapi gimbal 3 paksi untuk keseimbangan. Menariknya lagi, dron DJI ini mempunyai julat transmisi video maksimum hingga 10km dengan kemampuan anti-inference nya.
Dron DJI Mini 2 SE ini juga menawarkan masa penggunaan maksimum hingga 31 minit. Dan DJI mendakwa dron ini dapat terbang dengan seimbang walaupun dengan angin berkelajuan 10.7 m/s.
DJI Mini 2 SE sudah tersedia di stor rasmi DJI, Shopee dan Lazada pada harga:
- DJI Mini 2 SE: RM 1,599
- DJI Mini 2 SE Fly More Combo : RM 2,149
Beli di Shopee – https://invl.io/clgemq9
Beli di Lazada – https://invol.co/clgemqq
{suggest}
Sumber: Siaran Akhbar DJI