Bulan Ramadan ni, pasti ramai yang berpusu-pusu ke bazar Ramadan untuk mencari juadah berbuka.
Jadi, nak memeriahkan lagi suasana, MSI kembali dengan mengadakan promosi Ramadan.
Ya lah, macam PC kat rumah tu pun nampaknya perlukan “menu makanan” baharu juga kan?
Bersempena dengan itu, kami di sini senaraikan 9 jenis produk MSI yang menarik untuk dibeli bermula sekarang hinggalah 30 April, 2023 nanti.
{snap}
1. Laptop MSI Cyborg 15
Komputer riba ini membuat kemunculan dengan kekunci WASD lut sinar. Dengan ini, tak adalah anda tersilap tekan pada keyboard.
Sebabnya, kekunci yang biasa digunakan ketika gaming sudah diberikan tumpuan oleh MSI.
Kalau berminat, anda boleh membelinya pada harga RM5999.
{snap}
2. Laptop MSI Katana 17
Bagi peminat komputer riba MSI, anda sudah mengetahui siri Katana. Laptop dalam siri ini cukup berkuasa bagi anda yang merupakan gamer sejati.
MSI Katana 17 dikuasakan cip Intel® Core™ i7-13620H yang dipadankan bersama GPU laptop NVIDIA® GeForce RTX™ 4060. Harganya adalah RM7699.
Nak saiz kecik sikit dan berbaloi, ada MSI Katana bersaiz 16″. Skrol bawah kalau nak tahu…
{snap}
3. Laptop MSI Katana GF66
Kalau anda rasa saiz 17 inci tu terlalu besar, jangan risau. Ada pilihan lain, iaitu MSI Katana GF66.
Biarpun skrin kecil sedikit, tapi ia masih lagi “tajam berbisa” untuk anda gaming. Papan kekunci pun disertakan pencahayaan RGB.
Barulah boleh flex dengan kawan-kawan. Harganya bermula hanya RM3999.
{snap}
4. MSI Siri Modern
MSI bukan jual laptop gaming semata-mata. Ada juga komputer riba ‘business productivity’. Ia dikenali sebagai siri Modern.
Selain rekaan yang minimalis dan cantik, siri Modern kali ini menampilkan 4 pilihan warna – classic black, urban silver, beige rose dan juga carbon grey.
Warna cantik, harga pun cantik. Anda boleh dapatkannya pada harga permulaan RM1899.
{snap}
5. Monitor 4K Summit MS321UP
Bagi yang mencari monitor beresolusi 4K, model Summit MS321UP mempunyai potongan harga sebanyak RM300. Malah, percuma kabel cas MSI 3-in-1.
Monitor ini hadir dengan panel IPS serta paparan anti-silau. Ia berkadar segar semula 60Hz dan sesuai untuk kegunaan profesional.
Harga bagi monitor Summit ini adalah berharga RM3199.
{snap}
6. Monitor eSports 170Hz
Anda penggemar game Valorant? Counter Strike? Pasti nak monitor yang ada kadar segar semula tinggi kan? MSI G244F ada untuk anda.
Ia menawarkan resolusi 1080p, panel IPS, bersaiz 24″, refresh rate 170Hz, ada FreeSync Premium dan masa tindak balas GTG 1ms.
Harga memang mesra untuk anda, iaitu RM638 sahaja.
{snap}
7. Beli Komponen PC, Dapat RM40 Steam Wallet
Haa, mesti ada kaki build PC. Tak teringin ke nak upgrade?
MSI ada buat tawaran kalau beli PSU MPG series dengan mana-mana MPG series PC case, K-series liquid cooler, anda akan dapat tebus RM40 steam wallet.
PSU dah power? Nak GPU? Ada…, jangan risau dan teruskan skrol
{snap}
8. MSI GeForce Siri RTX 40
Kad grafik siri RTX 40 ini merupakan yang terbaru. GPU ini memang cukup berkuasa dan kami sendiri di Wiser MY juga menggunakan kad grafik MSI.
Kalau anda berminat untuk mendapatkan prestasi berkuasa, siri GeForce RTX 40 ini boleh dibeli dan bakal dapat hadiah bundle terpilih.
{snap}
9. Masa Terbaik Nak Upgrade PC
Tak lengkap PC kalau tak ada papan induk (motherboard). Sekiranya anda beli papan induk MSI dalam tempoh ini, anda boleh dapat diskaun dan hadiah percuma.
Namun, papan induk ini hanya terhad untuk siri 700 Intel dan siri 600 AMD saja. Berminat? Klik sahaja pautan di bawah. Eh, sabar, ada lagi tawaran menarik. Cuba skrol lagi…
{snap}
Belanja RM3000 Dan Bakal Dapat Hadiah Percuma Lagi
Tawaran menarik yang terakhir, anda boleh dapat hadiah percuma yang bernilai sehingga RM269+RM169 bagi setiap pembelian RM3000.
Buat makluman, jumlah pembelian RM3000 tersebut mestilah dalam satu resit transaksi sahaja. Satu kad grafik dan notebook tidak layak untuk menerima tawaran ini.
Namun, kad grafik layak dapat sekiranya anda membeli dalam sebahagian set PC.