Selepas Elon Musk sah mengambil alih Twitter secara total minggu lalu untuk $44 bilion, beliau tidak menunggu lama untuk ‘membuang’ beberapa pegawai tertinggi dan kakitangan bahawa termasuklah CEO dan CFO Twitter.
Terbaru, Twitter dilaporkan meminta sesetengah kakitangan yang dipecat untuk kembali semula kerana pemecatan tempoh hari adalah disebabkan kesilapan.
Regarding Twitter’s reduction in force, unfortunately there is no choice when the company is losing over $4M/day.
Everyone exited was offered 3 months of severance, which is 50% more than legally required.
— Elon Musk (@elonmusk) November 4, 2022
Selain tidak sengaja, dikatakan juga pihak pengurusan hanya menyedari kepentingan beberapa pengalaman dan hasil kerja kakitangan selepas memecat mereka.
Justeru, Twitter memanggil semula sebilangan kakitangan tersebut kerana percaya mereka diperlukan untuk merealisasikan wawasan Elon Musk.
{suggest}
Daripada sekitar 7,500 kakitangan, syarikat itu telah memecat lebih kurang 50% daripadanya. Kini, tinggal 3,700 pekerja yang masih berkhidmat di syarikat itu.
Ramai juga antara mereka menyedari mereka dibuang kerja kerana tidak lagi boleh mengakses sistem syarikat sistem e-mel dan Slack.
— Matt Navarra (@MattNavarra) November 6, 2022
Untuk makluman, Twitter Blue telah dilancarkan dan ia turut menawarkan tanda pengesahan (blue tick) untuk pengguna yang membayar $8 sebulan.
Sumber: Bloomberg