Berita baik untuk pengguna pra-bayar Digi dan penuntut eBelia. Bermula hari ini sehingga 31 Julai 2021, anda akan menerima kredit percuma sehingga 10% setiap kali membuat tambah nilai.
Tambahan lagi, Digi menawarkan peluang memenangi kredit tambahan bernilai RM50 kepada penuntut eBelia yang menambah nilai minima RM30 menggunakan aplikasi penebusan eBelia.
Baca juga – Celcom Sedang “Kejar” Pengguna Mod Modem WiFi
Cara untuk menyertai kempen “eBelia Reload & Win” ini mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Layari Digi Online Store atau aplikasi MyDigi.
2. Pilih jumlah tambah nilai, isi nombor telefon dan alamat e-mel. Kemudian klik ‘Reload’ untuk menikmati 10% kredit percuma. (minima RM30 untuk peluang memenangi kredit tambahan RM50)
3. Buat bayaran menggunakan aplikasi e-wallet yang sama ketika menebus kredit eBelia.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman web Digi.
Sumber: Siaran Akhbar Digi