Syarikat penyedia telekomunikasi Digi kini melancarkan kempen MyBaikHati yang mengajak pengguna menderma peranti lama kepada golongan memerlukan.
Kempen ini termasuk didalam inisiatif Digi Yellow Heart yang komited untuk menyedia akses internet yang sama terutama kepada golongan memerlukan.
Selain membantu merapatkan jurang digital, ia juga menggalak kitar semula serta sebuah langkah ke arah kelestarian alam.
Syarat yang dikenakan pada peranti yang ingin diderma adalah:
- Telefon pintar atau tablet mesti ada capaian LTE/4G.
- Komputer riba yang menjalankan Windows 8 dan ke atas, tiada kerosakan pada skrin dan papan induk sahaja akan diterima.
Jika berminat, anda boleh mendaftar untuk menderma di pautan ini https://www.digi.com.my/yellow-heart/mybaikhati#register-here.
Sumber: Digi
Foto utama: Bustle
Baca juga – Promosi Digi Fibre Berkelajuan 300Mbps Pada Harga Serendah RM100
Baca juga – Penggabungan Celcom Dengan Digi Dijangka Akan Menjana Pendapatan Sebanyak RM12.4 Bilion