Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, pihak mereka telah membuat laporan polis ke atas penulis blog, Murray Hunter.
Ia ekoran tuduhan palsu yang dibuat blogger yang menuduh MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai institusi berlandaskan politik dalam pentadbiran Kerajaan sekarang.
MCMC dalam kenyataannya dengan tegas, menolak sekeras-kerasnya tohmahan oleh penulis blog itu yang tidak berasas.
“…penulisan Murray Hunter dilihat berunsur fitnah apabila beliau secara terbuka telah menuduh MCMC bertindak melangkaui bidang kuasanya untuk kepentingan diri. Beliau turut melemparkan tohmahan bahawa MCMC dan PDRM bertindak menakut- nakutkan masyarakat.” MCMC.
MCMC juga mengingatkan orang ramai, penyebaran kandungan tidak benar termasuk dengan niat mengganggu pihak lain adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 AKM 1998. Selain itu, tindakan memuat naik kandungan yang memfitnah dan menghina MCMC juga merupakan satu kesalahan.
{suggest}
Sumber: MCMC