Qualcomm telah didakwa menipu pada ujian penanda aras bagi cip pemproses baharu untuk komputer riba, Snapdragon X Elite dan Plus.
Dakwaan itu dibuat oleh laman teknologi SemiAccurate.com yang mendakwa, keputusan ujian penanda aras untuk cip Qualcomm itu adalah jauh daripada daripada apa yang dihebohkan.
SemiAccurate mendakwa, dua OEM “utama” dan “sumber dalaman di Qualcomm” menegaskan, penanda aras untuk 2 cip komputer riba baharu dari Qualcomm itu adalah mustahil untuk dicapai walaupun oleh pembangun OEM terkemuka lain.
SemiAccurate mendakwa, tiada OEM yang dapat meniru nombor ujian Qualcomm yang dikhabarkan itu.
Laman itu juga mendakwa, Qualcomm membentangkan nombor “tercemar” (palsu) kepada akhbar dan rakan kongsi OEMnya.
Ekoran itu, wakil Qualcomm telah menghantar ulasan rasmi kepada laman Tom’s Hardware mengenai perkara itu dengan ringkas berkata, “Kami berdiri teguh dengan prestasi kami dan teruja untuk pengguna mendapatkan peranti Snapdragon X Elite dan X Plus tidak lama lagi.”
Snapdragon X Plus, dan X Elite telah pun diumumkan lalu yang merupakan barisan pemproses Qualcomm akan datang untuk komputer riba Windows.
Cip itu dikatakan sebagai pemproses komputer riba pertama Qualcomm yang berpotensi bersaing dengan Apple, Intel, dan AMD.
Pada 21 Mei 2024 nanti, ASUS dijadualkan akan mengumumkan barisan komputer riba baharu yang dikuasakan cip Qualcomm.
{suggest}
Sumber: Tom’s Hardware