Sempena acara CES 2024 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2024 ini, Dell Technologies kini memperkenalkan dua monitor melengkung yang dilengkapi dengan teknologi TUV Rheinland untuk keselesaan mata pengguna.
Dell UltraSharp 40″ Curved Thunderbolt (U4025QW)
Untuk model monitor U4025QW ini, Dell menawarkan saiz skrin berukuran 40 inci dengan paparan melengkung VESA DisplayHDR 600 yang berkadar segar semula 120Hz dan resolusi 5K (5120 x 2160).
Selain itu, monitor ini juga dilengkapi dengan sambungan Thunderbolt 4 bagi menyokong kuasa 140W serta penyambungan ethernet 2.5Gbps, USB-A DP 2.1 dan port HDMI 2.1.
Dell UltraSharp 34″ Curved Thunderbolt (U3425WE)
Monitor Dell UltraSharp ini juga hadir dengan pilihan model yang lebih kecil iaitu U3425WE dengan saiz skrin 34 inci.
Untuk model ini, ia menawarkan skrin melengkung WQHD yang digandingkan dengan teknologi panel IPS Black dan mempunyai kadar segar semula 120Hz serta resolusi 3440 x 1440.
Dalam pada itu, monitor ini juga dibekalkan dengan sambungan kuasa Thunderbolt 4 yang menyokong kuasa 90W serta USB-A DP 1.4 dan port HDMI.
Berdasarkan maklumat dari pihak Dell, kedua-dua model monitor ini akan tersedia untuk pasaran global pada akhir bulan Februari 2024 dengan harga yang masih belum diberitahu.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Dell Technologies