Selain membariskan komputer riba dan set komputer meja baharu, Dell Technologies turut melancarkan set kepala wayarles baharu, Dell Premier Wireless ANC Headset – WL7024 yang berasaskan teknologi kecerdasan buatan.
Teknologi kecerdasan buatan yang diterapkan mampu mengurangkan bunyi audio di persekitaran pengguna seperti perbualan manusia dan lain-lain bunyi secara dinamik.
Penyambungannya dengan peranti PC ataupun komputer riba juga boleh dipercepatkan dengan aplikasi Dell Pair.
Set kepala ini juga dilengkapi dengan bicu audio (3.5mm), USB-C serta beberapa butang untuk kegunaan Bluetooth 5.3, ANC, Microsoft Teams dan mikrofon.
Jangka hayat baterinya yang berkapasiti 750mAh mampu bertahan sehingga 26 jam untuk penggunaan bercakap dan 60 jam untuk penggunaan mendengar dalam mod ANC dengan jarak terhad 30 meter.
Set kepala wayarles ini akan tersedia secara pakej dengan sarung kusyen telinga dan penerima audio wayarles.
Dell Premier Wireless ANC Headset (WL7024) akan berada di pasaran pada April 2024. Walaub agaimanapun, harga jualannya tidak didedahkan.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Dell