Syarikat teknologi Dell Technologies telah memperkenalkan beberapa barisan komputer riba dengan teknologi AI PC dan bakal tersedia di pasaran seawal bulan Mac 2024 nanti.
Komputer riba dengan teknologi AI PC diperkenalkan menerusi model Latitude siri 5000, 7000 dan 9000.
Latitude Siri 5000
Sebagai permulaan, Dell menampilkan siri Latitude 5350, 5450 dan 5550 dengan reka bentuk luaran daripada bahan karbon fiber.
Spesifikasinya pula masih lagi belum didedahkan sepenuhnya tapi ia sah dilengkapi dengan webcam HDR dan memori RAM DDR5.
Ukuran panel skrinnya pula akan tersedia dalam pilihan saiz 13, 14 dan 15 inci.
Latitude Siri 7000
Model Latitude hadir juga dengan siri 7350, 7450 dan 7650 yang direka bentuk menggunakan bahan aluminium bagi ketahanan yang berpanjangan.
Ketiga-tiga model Latitude siri 7000 ini dikuasakan ole cip Intel Core Ultra 7 serta menjalankan Windows 11 Pro dengan sokongan 64GB RAM LPDDR5X, 2TB storan dan grafik dipacu Intel Graphics.
Paparan pula berupa FHD+ dengan ciri IPS Touch yang berbeza saiz panel mengikut siri iaitu 13.3 (2560 x 1600), 14 (1920 x 1200) dan 16 (1920 x 1200).
Untuk siri Ultralight pula, ia mempunyai reka bentuk luaran yang sama seperti siri standard tetapi mempunyai berat yang lebih ringan iaitu 0.98kg untuk 7350 dan 1.05kg untuk 7450.
Cip pemprosesan yang digunakan juga sama iaitu Intel Core Ultra 7 dengan sokongan 64GB RAM LPDDR5X, 2TB storan dan GPU Intel Graphics serta menjalankan Windows 11 Pro.
Latitude 7350 ‘Detachable‘
Tambahan bagi siri 7000 adalah model Latitude versi boleh tanggal iaitu tablet yang berkemampuan seperti laptop dengan kelengkapan papan kekunci dan pen digital.
Tablet ini dikuasakan oleh cip Intel Core Ultra U7 serta menjalankan Windows 11 Pro yang disokong 32GB RAM LPDDR5X, 2TB storan dan Intel Graphics.
Skrin yang digunakan hadir dengan resolusi 2880 x 1920 bersaiz 13 inci serta ciri IPS Touch.
Baterinya pula berkapasiti 46.5 watt-jam dan lengkap dengan pengecasan 65W USB-C ExpressCharge Boost.
Latitude Siri 9000
Untuk produk terakhir bagi model Latitude ini iaitu Latitude 9450 2-in-1.
Ia menggunakan cip Intel Core Ultra 7 dengan sokongan 64GB RAM LPDDR5X, 2TB storan dan GPU Intel Graphics.
Paparan yang digunakan adalah jenis QHD+ (2560 x 1600) bersaiz 14 inci dan menjalankanWindows 11 Pro.
Baterinya pula berkapasiti 60 watt-jam dengan sokongan pengecasan 100W AC Type-C.
Ketiga-tiga model Latitude siri 3000, 5000 dan 7000 ini dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan, Dell Optimizer yang mampu melancarkan prestasi penggunaan dari sudut pelancaran aplikasi dalaman, penjagaan peranti dan penggunaan bateri.
Untuk info lanjut bagi siri Dell Latitude sedia ada, layari laman rasmi Dell Malaysia.
Beli pelbagai produk Dell dari stor:
Shopee: https://invl.io/clksi4w
Lazada: https://invol.co/clksi5d
{suggest}
Sumber: Siaran Media Dell