vivo Malaysia telah mengumumkan kerjasama mereka dengan syarikat telekomunikasi YES bagi mempromosikan tawaran peranti vivo Y27 5G yang dijual pada harga serendah RM299 bersama pelan langganan internet Yes Power 35 RAHMAH.
Telefon pintar ini dikuasakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 6020 dengan sokongan daripada memori konfigurasi 8GB RAM dan 128GB storan. Ia juga menjalankan Android 13 bersama antara muka Funtouch 13.
Paparan skrin yang digunakan pula adalah skrin jenis LCD (2388 x 1080) bersaiz 6.64 inci.
Bagi sudut kamera, 50MP untuk kamera utama, 2MP bagi kamera telefoto dan 8MP kamera swafoto.
Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dan disokong dengan pengecasan 15W USB Jenis-C.
{suggest}
Sehubungan dengan itu, kolaborasi vivo Y27 5G dengan pelan langganan Yes Power 35 RAHMAH menawarkan rangkaian internet 5G tanpa gangguan pada kadar kapasiti 100GB.
Untuk pengetahuan anda, tempoh pendaftaran pakej ini akan berkesan sehingga 31 Mac 2024 serta maklumat lanjut tentang promosi langganan ini boleh didapati di laman web rasmi YES.
Sumber: Siaran Media vivo Malaysia