realme Malaysia kini telah menetapkan harga yang baharu untuk peranti realme C51 iaitu RM499 berbanding RM549.
Dengan cip Unisoc Tiger T612, telefon pintar ini dibekalkan konfigurasi 8GB RAM dan 128GB storan bersama slot kad mikroSD dengan kapasiti maksimum 2TB.
Selain itu, telefon ini juga menjalankan realme UI T yang berasaskan Android 13 serta dilengkapi dengan Mini Capsule yang mengumpul maklumat penggunaan bateri, data dan jumlah langkah yang diambil pengguna.
Paparan skrin yang digunakan adalah skrin IPS LCD 6.74 inci dengan kadar segar semula 90Hz.
Kameranya pula adalah 50MP untuk kamera utama dan 5MP untuk kamera swafoto.
Dengan kapasiti bateri 5,000mAh, realme C51 dipadankan dengan pengecasan SUPERVOOC 33W dan hadir dalam 2 pilihan warna, Mint Green dan Carbon Black.
Beli realme C51 di Shopee
Beli realme C51 di Lazada
{suggest}
Sumber: Siaran Media realme