ASUS Malaysia mengumumkan “Jaminan 4A” untuk meningkatkan kualiti produk mereka agar dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan.
Pelan perlindungan tambahan ini meliputi Zenbook, Vivobook, ProArt Studiobooks serta termasuklah komputer riba permainan seperti ROG dan TUF.
Ciri-ciri “Jaminan 4A” itu adalah:
Assured Quality- Komputer riba Asus dibina tahan lasak serta telah menjalani ujian spesifikasi yang dijalankan tentera AS.
Always-on Support- Servis perkhidmatan pelanggan sentiasa beroperasi untuk membantu para pelanggan yang dilanda masalah melibatkan produk Asus.
All-around Coverage- Asus menyediakan lebih 300 tempat drop-off satu rangkaian global yang luas di 80 negara di seluruh dunia untuk servis membaik pulih.
Added-value Experience- Pengguna juga akan mendapat waranti standard antarabangsa selama 2 tahun dan perlindungan khas daripada APC (Asus Premium Care).
Semua komputer riba ASUS didatangkan dengan Waranti Antarabangsa 2 tahun standard dan Waranti Sempurna 1 tahun (tempatan perlindungan kerosakan akibat kemalangan) semasa tahun pertama tempoh jaminan.
Waranti Sempurna meliputi kerosakan akibat pelanggan yang tidak dilindungi oleh waranti pengilang seperti terjatuh secara tidak sengaja, pecah secara tidak sengaja, tumpahan cecair, dan lonjakan elektrik.
Tetapi, ASUS ada menawarkan pakej jaminan tambahan untuk para pelanggannya.
Pakej ASUS Premium Care (APC)
ASUS Premium Care (APC) ialah pelan lanjutan jaminan yang memanjangkan tempoh waranti anda, memperluaskan perlindungan waranti serta menambah perlindungan tambahan pada komputer riba anda dengan pembaikan atau penggantian tanpa sebarang masalah.
APC kini didatangkan dengan 3 pakej: Perfect Warranty Plus yang dinaik taraf yang meliputi 100% bahagian perkakasan sepenuhnya dan kos buruh, melanjutkan Waranti Antarabangsa sehingga tiga tahun dan Perkhidmatan Local On-site di mana juruteknik profesional ASUS boleh datang ke depan pintu anda.
Berikut adalah senarai harga pakej APC di Malaysia:-
Untuk butiran lanjut tentang Jaminan ASUS 4A, sila layari https://my.asus.click/4aguarantee
{suggest}
Sumber: Siaran media ASUS Malaysia