PUBG Mobile kini telah rasmi bekerjasama dengan salah satu siri animasi terkenal di Malaysia yang akan terima alih suara Jepun iaitu Mechamato selepas sidang media antara dua pihak ini di MBO Cinemas Atria Shopping Gallery pada 7 Disember 2023.
Berdasarkan kandungan sidang media tersebut, PUBG Mobile bakal mengeluarkan barangan dalam permainan tahap “Legendary” yang berkonsepkanĀ Mechamato.
Antaranya ialah “Mechamato Suit & Mask” untuk kelengkapan pakaian dan helmet karakter, “Mecha-Machete” untuk senjata melee dan “Mechabike” untuk motosikal dalam permainan.
Selain itu, pek suara terbaru yang digunakan untuk komunikasi dalam permainan akan tersedia dengan diskaun sebanyak 40% yang diwakili oleh Mechabot (disuarakan oleh Adzlan Nazir) dan Bago Go (disuarakan oleh Nizam Abdul Razak).
Turut disediakan beberapa acara dalam permainan seperti “Ready, Set, Mechanize!” dan “Adventures of MechaBot & Bago Go“.
Nantikan kemas kini PUBG Mobile X Mechamato pada 15 Disember 2023 ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook PUBG Mobile.
{suggest}
Sumber: Siaran Media PUBG Mobile