Bersempena dengan pelancaran jam pintar HUAWEI Band 8 baru-baru ini, Huawei mengadakan promosi masa terhad yang bermula dari 1 Jun hingga 5 Jun secara eksklusif di Huawei Flagship Store di Lazada.
Sepanjang tempoh promosi itu, anda akan dapat memiliki HUAWEI Band 8 pada harga serendah RM149 sahaja berbanding harga asalnya RM219.
Tawaran ini termasuk faedah tambahan diskaun sehingga RM20 bersama-sama dengan diskaun RM50 sedia ada.
Ditawarkan dalam tiga gaya warna menarik iaitu Midnight Black, Sakura Pink dan Emerald Green, HUAWEI Band 8 dilengkapi ciri moden terkini dalam reka bentuk nipis dan ringan, pemantauan kesihatan menyeluruh, pelbagai ciri kecergasan dan hayat bateri yang mengagumkan yang mampu bertahan sehingga 2 minggu.

{suggest}
Sumber: Siaran Media Huawei