OPPO Malaysia kini telah rasmi membawa masuk produk terbaru mereka iaitu OPPO Reno11 F yang bakal tersedia pada 23 Mac 2024. Namun, ia sedia untuk prapesan.
Telefon ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7050 serta disokong 8GB RAM LPDDR4X dan 256GB storan UFS 3.1.
Selain itu, ia menjalankan ColorOS 14.0 yang berasaskan Android 14.
Skrinnya pula adalah jenis OLED bersaiz 6.7 inci dengan resolusi FHD+ (2412 x 1080), kadar segar semula 60 – 120Hz dan kecerahan puncak 1,100 nits.
Bahagian kamera terdiri daripada 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 32MP swafoto. Videonya pula mampu mencapai rakaman pada kadar resolusi 4K dan 60 FPS.
Bateri pula berkapasiti 5,000mAh serta lengkap dengan pengecasan 67W.
Lain-lain ciri adalah seperti dwi SIM-nano, rangkaian Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, USB-C, NFC dan penarafan IP65.
{suggest}
Tamabahan lagi, telefon ini dilengkapi juga dengan ciri File Dock, Smart Image Matting dan Smart Touch untuk tangkap layar dengan mudah.
Anda kini boleh prapesan produk OPPO Reno11 F ini yang tampil dengan dua pilihan warna, Ocean Blue dan Coral Purple, pada harga RM1,399 bermula 15 Mac hingga 22 Mac 2024 di:
Shopee – https://invl.io/clkv1wz
Lazada – https://invol.co/clkv1x0
Pembelian secara prapesan juga berpeluang untuk dapatkan hadiah percuma bernilai RM169.
{suggest}
Sumber: Siaran Media OPPO Malaysia