Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Coca-Cola Dikatakan Akan Berkolaborasi Dengan Telefon Pintar

Posted on Januari 26, 2023

Sebelum ini, kita pernah melihat kolaborasi yang hebat antara pelbagai jenis jenama dengan telefon pintar.

Kolaborasi ini adalah seperti Cyberpunk 2077 OnePlus 8T, Dragon Ball Z realme GT NEO 3 serta Galaxy Z Flip bertemakan Pokemon.

Kesemua gabungan ini sangat unik dan menarik namun siapa sangka jenama yang berasaskan minuman juga akan berkolaborasi juga?

Coca-Cola smartphone
Sumber: 9To5Google

Menurut 9To5Google, pengguna Android dapat menjangkakan sebuah siri telefon pintar yang akan bergabung dengan syarikat Coca-Cola.

Ini semua terjadi oleh kerana sebuah muat naik twit daripada Ice Universe dengan tanda pagar ColaPhone diselitkan.

Here comes your very first look at the totally new #ColaPhone! Maybe Coca-Cola will cooperate with a top smartphone brand. Can you guess which brand it will be? pic.twitter.com/6ieXvVTTH0

— Ice universe (@UniverseIce) January 24, 2023

Kolaborasi ini pasti akan menarik banyak perhatian terutamanya peminat-peminat siri telefon pintar seperti ini.

Namun, persoalan utama terletak kepada jenama telefon pintar mana yang akan berkolaborasi dengan Coca-Cola.

Terdapat beberapa maklum balas di Twitter yang menyatakan bahawa ini merupakan siri realme 10 Pro yang diubahsuai semula.

Walau bagaimanapun, maklum balas ini akan dianggap sebagai andaian dan teori sahaja selagi tiada sebarang pernyataan rasmi yang dikeluarkan.

{suggest}

Sumber: 9To5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress