TSMC secara terbuka kini mula membincangkan mengenai generasi cip akan datang, iaitu teknologi 1.4nm.
{suggest}
Dalam slaid yang dikongsi oleh perunding semikonduktor Dylan Patel, TSMC mendedahkan nama rasmi nod 1.4nm untuk pertama kalinya.
Agak mengelirukan, TSMC menukar nama proses yang bermula huruf “N” kepada “A”. Bermakna cip 1.4nm akan dilabelkan sebagai A14 – iaitu nama sama bagi cip 5nm yang digunakan Apple dalam barisan iPhone 12.
Geoffrey Yeap of TSMC talking
N2 mass production 2025
A14 in development (first time they've said the name??)
Talking about backside power delivery network
PPACt – Power, Performance, Area, Cost, Time to market pic.twitter.com/7ngKVRSSfK— Dylan Patel @ Neurips (@dylan522p) December 13, 2023
Ketika ini, Apple menjadi syarikat pertama yang menggunakan proses 3nm TSMC dengan cip A17 Pro dimuatkan pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Sementara pengeluaran besar-besaran teknologi 2nm dijangka pada 2025, berkemungkinan akan dimuatkan pada iPhone 17 Pro kelak.
Tidak dinyatakan jangka masa pengeluaran proses 1.4nm, namun ia disahkan sudah dalam pembangunan.
Sumber: MacRumors