CIMB Bank menerusi perkongsian di Facebook telah memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan perbankan mereka mengalami masalah teknikal berkaitan sistem pembayaran kad . Isu yang juga didakwa melibatkan CIMB Islamic ini telah mula mendapat perhatian pengguna sejak pagi tadi. Dalam pengumuman yang sama, pihak bank itu juga memohon maaf dan meyakinkan semua bahawa sistem teras perbankan serta data pelanggan akan terjamin.
Antara yang terawal membuat kicauan mengenai perkara itu di Twitter adalah Malaysia Airlines yang menyatakan CIMB sedang menghadapi isu teknikal pada sistem pembayaran kad. Syarikat penerbangan tersebut turut menasihatkan pengguna untuk membuat bayaran melalui CIMBClicks atau mencari alternatif pembayaran yang lain.
Important Notice: As CIMB is currently experiencing a technical issue with its card payment system, Malaysia Airlines customers are advised to make payment via CIMBclicks or other alternative payment methods available. Customers may refer to CIMB for further updates.
— Malaysia Airlines (@MAS) September 4, 2019
Ia juga melibatkan platform beli-belah dalam talian Shopee dan salah seorang pengguna, @ahmdnazrafq mengadu beliau tidak dapat menggunakan kad debit CIMB, dimana sejumlah wang telah ditolak walaupun pembayaran dinyatakan gagal.
@CIMB_Assists Saya tak dapat bayar di Shopee guna CIMB debit card. Duit dah tolak, tp payment failed. Page Mastercard verification langsung tak keluar tp saya di cas. Mohon check ? pic.twitter.com/UYPVuiRHMF
— Nazir (@ahmdnazrafq) September 3, 2019
? Notice ?:
CIMB is currently experiencing a technical issue with its card payment system ??. We advice customers to make payment via Online Banking – CIMB Clicks ?? or any other payment methods. pic.twitter.com/DPqQKZTKoI— Shopee(MY) (@ShopeeMY) September 4, 2019
Memetik kicauan dari @CIMB_Assists pula, akaun tersebut menyatakan sistem kad kredit dan debit mereka sudah beroperasi seperti sediakala.
Hai, maaf atas kesulitan. Sila maklum, sistem kad kredit atau kad debit kami telah beroperasi seperti biasa. Terima kasih.
— CIMB Assists (@CIMB_Assists) September 4, 2019
Berdasarkan kicauan-kicauan lain di Twitter, terdapat juga pengguna yang mendakwa perkhidmatan CIMBClicks serta ATM CIMB mengalami masalah. Lebih kurang seminggu yang lalu, CIMB mengalami masalah akses aplikasi CIMBClicks yang berlarutan sehingga dua hari dan mengumumkan ia sudah dibaik pulih pada hari berikutnya.